Monday, March 12, 2012

Dapoer Bandoeng @ Kelana Jaya


Restoran Dapoer Bandoeng menawarkan hidangan berciri 
Sunda yang  mempunyai ciri keistimewaan tersendiri.
Antara menu yang ditawarkan ialah  nasi ayam bakar, nasi 
timbel komplit, nasi ayam penyet & nasi soto bandung.
Restoran ini boleh dikunjungi di  :
A114, GF, Kelana Parkview,
Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya.
Ia beroperasi enam hari seminggu melainkan hari 
Ahad bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.
Menu lain yang boleh dicuba ialah nasi iga bakar, mi bakso, tauhu 
telur & gado-gado. Pastikan juga anda mencuba pemanis mulut.

Friday, March 9, 2012

Meninjau Hutan Taman Negara


Jungle Trekking adalah antara  aktiviti yang penuh 
mencabar bagi  pengunjung ke Taman Negara.  
Perjalanan i sejauh 1.7 km mengikut laluan 
khas  mengambil masa kira-kira 2 jam. 
 Laluan disediakan beberapa check point bagi membolehkan pengunjung 
berehat sambil menikmati keindahan  panorama Taman Negara. 
D puncak Bukit Teresek, pengunjung  boleh beristirehat seketika. 
Selepas itu, pengunjung boleh melalui “Canopy Walkway”melalui 
Jambatan Gantung yang tersedia. 
Jambatan Gantung ini sepanjang 530 meter panjang 
dan kedudukaan ketinggian 50 meter dari tanah di bawah.

Pada setiap Jambatan Gantung ini terdapat beberapa 
lokasi  istirehat untuk mengambil gambar.
Ia dibuka bermula jam 10 pagi hingga  2.45 petang.
Gambar sumbangan Azizi Sunip.

Wednesday, March 7, 2012

Restoran Cosy Place @ Wangsa Maju


Restoran yang menampilkan dekorasi ala 
Inggeris ini boleh ditemui di Wangsa Maju.
Ia menyediakan menu masakan Melayu dan Western
sesuai untuk makan tengahari, petang dan makan malam.
Restoran Cosy Place ini boleh dikunjungi di alamat berikut : 
No: 27-29 Jln Wangsa Delima 2A
KL Suburban Centre 111
Section 5, Wangsa Maju
53300, Kuala Lumpur.
Restoran ini terletak di kawasan perniagaan Wangsa Maju 
berhampiran Carrefour, Pizza San Francisco & Restoran Maju Terus. 
.
Selamat Berkunjung.
Foto2 disediakan oleh Azizi Sunip.

Monday, March 5, 2012

Mee Bandung Udang Galah @ Bisik2 Shah Alam



Pelbagai Jenis Mee Bandung kini boleh ditemui di pasaran.
Apa kata  mencuba Mee Bandung Udang Galah - Resepi Muar
di Restoran Bisik Bisik,
Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7.
Shah Alam, Selangor 40000
Mee Bandung Udang Galah di Restoran ini mempunyai 2 Kategori. 
Mee Udang Galah Gred A berharga  RM 24.00.
Mee Bandung Udang Galah Gred B pula berharga RM14.50.
Mee Bandung Udang Biasa pula berharga RM6.50 
Mee Bandung Tulang RM7.00
Mee Bandung  RM4.50 

Sekiranya anda tidak berminat dengan Mee Bandung, anda boleh 
memesan menu lain seperti Nasi Goreng & Nasi Ayam.
Selamat Berkunjung.

Friday, March 2, 2012

Berkunjung ke Harrods @ London

Harrods - destinasi  popular di kalangan pengunjung ke London.
Ia mudah dikunjungi kerana pengunjung
boleh menaikki tube dari mana-mana stesen.

Ini tidak terkecuali bagi para pelancong  Malaysia 
yang juga pastinya mahu menjenguk ke sana.
Sekiranya di sana, berikan sedikit masa 
untuk melihat  bahagian pasarayanya.
Ini bagi membolehkan anda melihat cara susun-atur 
kemas pelbagai barangan keperluan yang tersedia.
Setiap bahagian diasing-asingkan dengan
 susunan yang menarik selera pengunjung.
Ada bahan-bahan roti, kek serta pelbagai 
jenis pemanis mulut untuk pelanggan. 
Anda dicadangkan melihat-lihat sahaja kerana tidaklah 
digalakkan untuk memakannya kerana status Halalnya.
Selamat Berkunjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...