Sunday, November 8, 2009

Baklava Arab


Bagi mereka yang mengemari cokelat, baklava serta bahan makanan manisan ringan dari negara arab, anda kini boleh mendaptkannya di Lavand.


Kedai yang menawarkan pelbagai hidangan makanan manisan Asia Barat ini boleh mengunjungi The LAVAND di alamat
LAVAND @ THE BAKLAVA SHOP
Ground Floor,
Bangsar Village
No.1 Jalan Telawi
Bangsar, Kuala Lumpur.



Anda boleh mendapatkan koleksi cokelat, pastri baklava serta pelbagai bahan daripada buah kurma.



Bagi mereka yang mahu memberi hadiah, kedai ini juga menawarkan khidmatnya untuk membungkus bahan manisan ini sebagai bahan hadiah kepada mereka yang istimewa.


Monday, November 2, 2009

Goreng Pisang SS15 @Subang Jaya



Gerai pisang goreng terdapat di kebanyakan kawasan perumahan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.



Sekiranya anda berada di persekitaran Subang Jaya, Penjual Goreng Pisang dan pelbagai bahan gorengan lain terdapat di Jalan SS15/5A berhadapan dengan Subang Park Hotel berhampiran Carrefour.



Gerai di bawah pokok sentiasa dibuka pada sebelah petang untuk menemui pelanggannya.Di samping goreng pisang, gerai ini juga menyediakan keropok lekor, goreng keledek, karipap dan cekodok.



Harga Goreng Pisang ketika dikunjungi ialah 3 untuk RM

Friday, October 30, 2009

Ali Cafe di Bangsar


Restoran Ali Café yang terletak bersebelahan Balai Bomba di Jalan Pantai Baru, di KL adalah lokasi tumpuan sejumlah besar pelajar Universiti Malaya yang tinggal berhampiran. Ia menawarkan pelbagai makanan Malaysia dan pengkhususnnya ialah makanan ala-Thai atau tomyamnya.



Sekiranya anda berpeluang ke sana apa kata cuba pelbagai jenis makanan ala-Thai seperti masakan ikan tiga rasa, daging masak merah, telur bungkus, ayam goreng kunyit dan makanan ala–Thai lain.



Anda jua boleh memesan makanan yang lebih mudah dan murah seperti Nasi Paprik sama ada perasa campur, ayam, daging mahupun udang.



Harganya juga adalah berpatutan dan tidak hairanlah restoran ini terus menerima kunjungan para pelanggan khususnya pada waktu puncak pada waktu makan tengahari dan makan malam.


Tuesday, October 27, 2009

Ikan Bakar Fend


Ikan Bakar Fend memang terkenal bagi orang-orang di sekitar Kelana Jaya. Dulunya mereka hanya menggunakan van bergerak dan berniaga berhampiran Sekolah Rendah Kelana Jaya.


Sekarang mereka sudah punya Restoran Ikan Bakar Fend yang terletak di No E-G-01, Jalan SS6/20A, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya. Restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan khususnya pada waktu makan tengahari.


Keistimewaan menu restoran ini pastinya ialah ikan bakarnya yang anda boleh dirasai keharuman ikan bakarnya apabila sampai ke restoran itu.


Anda perlu beratur untuk membuat pesanan anda dengan pelebagai pilihan ikan seperti kembong, pari, sotong, ayam dan juga daging. Terserah dengan selera anda.


Harga pesanan juga adalah berpatutan berbanding dengan restoran ikan bakar lain khasnya di Lembah Klang.


.

Di samping menu bakarnya terdapat juga menu lain yang pastinya menyelerakan.


Wednesday, October 21, 2009

Burger Larut Malam

Sekiranya anda terasa hendak makan burger pada waktu lepas tengahmalam – apa kata anda cuba The Burger Shop yang terletak di Jalan SS 15/8 (Jalan yang sama menuju ke Asia Café) yang popular di kalangan pelajar IPTS di persekitaran SS15 Subang Jaya.

Ia bukan sepertimana Burger king atau MacDonald yang berbentuk restoran. Ia berupa gerai bergerak yang bersedia menunggu pelanggan daripada jam 6 petang hingga 4.30 pagi. Ia ditutup pada hari minggu.



Tetapi anda jangan mengharapkan tempat duduk untuk bersantai kerana ia tidak menyediakannya. Pada waktu-waktu puncak anda perlu berbaris panjang untuk mendapatkan pesanan Burger anda.



Sebagai pedoman, jangan datang pada waktu puncak iaitu antara jam 9 hingga 11 malam untuk memesan burger anda. Sekiranya anda sanggup beratur, ia tidak akan jadi masalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...