Saturday, December 5, 2009

Marche @ The Curve



Restaurant Marche di The Curve, Selangor mempunyai keistimewaan tersendiri bagi para pengunjungnya. Restoran berkonspekan makanan ala-switzerand itu mempunyai pendekatan tersendiri bagi menarik perhatian pelanggannya.

Sebelum melangkah masuk ke restoran, pelanggan akan diberikan kad semacam passport. Ia untuk dibawa ke gerai-gerai semasa membuat pesanan dan kemudian akan diberikan cop. Sebelum balik, pelanggan perlu membawa kad ini ke kaunter untuk dikira dan bayar. Agak unik dan mudah.

Di dalam restoran ini ada konsep gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.


Restoran Marche
Alamat: The Curve, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor
No Telefon: 03 7727 8461


Wednesday, December 2, 2009

Danau Toba



Danau Toba terletak di antara 3 daerah iaitu Simalungun, Parapat dan Ambarita di Sumatera Utara, Indonesia. Secara pentadbirannya Danau Toba adalah sebahagian dari wilayah Tapanuli Utara.

Waktu perjalanan dari kota Medan ialah kira-kira 4 jam dengan menaikki kereta atau bas.
Danau Toba adalah salah-satu danau terbesar di dunia dan terbesar di Indonesia. Ia mempunyai keluasan 100 km x 30 km hingga menjadikan Danau Toba bagaikan sebuah lautan yang luas. Di tengahnya terdapat sebuah pulau - Pulau Samosir, yang berada pada ketinggian 1000 meter di atas permukaan laut.

Pelancong dapat mengunjungi pulau Samosir dengan menaikki feri dari dermaga di kawasan Ajibata, Parapat. Sesampainya di Tomok pulau Samosir, pengunjung boleh mengunjungi beberapa lokasi pelancungan seperti Danau Aek Natonang dan Danau Sidihoni, makam Raja Sidabutar dan komplek rumah tradisional Batak Toba Samosir.


Bagi yang ingin melihat perkampungan dan corak hidup masyarakat Batak, dan membelibelah cenderamata mereka boleh mengunjungi Kampung Ambarita dan Tomok.

Pengunjung pastinya dapat menikmati udara yang segar dan sejuk serta suasana yang nyaman ketika berkunjung ke Danau Toba.

Monday, November 30, 2009

Ikan Semilang @ Restoran Kg. Danga di JB




Apabila pulang bercuti ke Johor Bahru, Restoran Kampung Danga adalah antara restoran yang berhampiran untuk dikunjungi. Restoran yang terletak di Taman Perling ini menawarkan pelbagai lauk makanan tempatan yang menyelerakan.




Apa yang istimewanya ialah masakan asam pedas khususnya Kepala Ikan Semilang. Masakan Asam Pedas lain ialah ikan Selar, Kembong dan Pari.



Ia juga turut menawarkan lauk pauk lain yang pelbagai seperti rendang, gulai lemak dan ikan bakar.



Bagi mereka yang menggemari Nasi Ayam, restoran ini yang kelihatan sederhana dekorasinya turut menawarkan masakan istimewa, Nasi Ayam Penyek.


Selamat mencuba.

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam & bagi mereka yang menggunakan lebuhraya untuk pulang ke kampung, berhati-hati ketika di jalanraya.

Wednesday, November 25, 2009

Sate Kajang Hj.Samuri



Bagi peminat sate kajang, pastinya premis jualan Sate Kajang Haji Samuri di Bangunan Datuk Nazir di Kajang menjadi kegemaran.


Sate Kajang Haji Samuri telah berjaya mendapat tempat di hati pelanggan setelah hampir 17 tahun beroperasi sekali gus mengukuhkan jenamanya di seluruh negara.
Harga sate juga berpatutan iaitu 60 sen secucuk bagi sate ayam, daging dan perut.



Ia turut menawarkan sate daging rusa, arnab dan ikan.
Sataynya memang sedap dan kualitinya juga bertambah baik. Satay kurang lemak dan lebih daging (lean meat).

Rangkaian restoran sate Haji Samuri yang kini menghampiri 20 cawangan boleh dikunjungi di beberapa tempatdi Lembah Kelang - antaranya Restoran Jejambat Sungai Buloh, Damansara Uptown, R & R Kesas Highway selain lokasi utama di Kajang.

Monday, November 23, 2009

Satay vs Pizza


Nama restoran ini agak pelik iaitu Pizza vs Satay. Pada mulanya saya agak teragak-agak kerana menyangkakan restoran ini hanya menawarkan pizza dan juga satay.

Tanggapan ini meleset samasekali kerana restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan barat dan juga tempatan.


Persekitan yang menarik dengan hiasan dekor yang kreatif menjadikan restoran ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.


Makanannya juga pelbagai dan cubalah pilihan makanan westernnya.


Restoran ini boleh dikunjungi di alamat

16, Jalan USJ 9/5Q, Subang Jaya,

Petaling Jaya, Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...