Friday, April 15, 2011

Menara Condong Teluk Intan


Sekiranya di Italy penduduknya berbangga dengan Leaning Tower of Pisa, Perak pula mempunyai Leaning Tower of Teluk Intan atau Menara Condong Teluk Intan.
Menara ini terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan di sebuah dataran yang dikelilingi oleh Jalan Pasar, Jalan Selat, Jalan Bandar dan Jalan Ah Cheong.
Menara setinggi 25.5 meter itu kelihatan seperti 8 tingkat. Sebenarnya ia terbahagi kepada 3 tingkat. Bangunan yang berstruktur pagoda mempunyai 110 anak tangga untuk sampai ke atas.
Menara ini didirikan pada 1885 oleh Leong Choon Chong, seorang kontraktor berbangsa China. Menara itu digunakan untuk menyimpan tanki ayer ketika musim panas untuk penduduk di persekitaran. Ia juga berfungsi sebagai penjaga waktu di mana sebuah jam besar yang dibuat oleh J.W. Benson of Ludgatehill London diletakkan di atas menara itu.
Menara itu mengalamai kecondongan kerana tanah di sebelah bawahnya tidak mempu menampung berat tanki air di sebelah atas. Menara Condong ini boleh dikunjungi setiap hari bermula pada jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan jam 9:00 pagi hingga jam 6:00 petang pada hujung minggu dan hari cuti umum.

Wednesday, April 13, 2011

Kemaman Kopitiam @ KB


Restoran berbentuk Kopitiam kini boleh ditemui di mana-mana. Sekiranya anda di Kota Baru, Kemaman Kopitiam adalah di antara restoran yang boleh dilanggani untuk mengubah selera harian.
Restoran di Kota Baru ini terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan.
Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan seperti Nasi Goreng, Nasi Lemak, Mee Goreng, Makanan Barat.
Untuk menjamu selera pada waktu pagi atau minum teh petang, anda boleh mencuba pelbagai jenis roti sepertimana terdapat di Kopitiam lain.

http://www.facebook.com/pages/KEMAMAN-KOPITIAM/288910005078?v=photos

Monday, April 11, 2011

Makanan Arab - Zam Zam @ Shah Alam


Sebuah lagi restoran Arab menemui pelanggan di Shah Alam.
Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Zam Zam, yang terletak di
Oasis 9,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F,
40 000, Shah Alam.
Restoran ini menyediakan 100 peratus makanan popular dari Timur Tengah seperti Mandy, kebab, Kubba, Shish Tawook, Chicken Kabsa dan Mousakka. Antara menu yang disediakan termasuk Lamb Mandy RM20, Chicken Mandy RM18, Matbi RM20, Lamb Kabsa RM15, Chicken Kabsa RM15, Lamb Madghut RM35 dan banyak lagi.

Restoran Zam-Zam ini a menyajikan makanan asasi Arab menggunakan rempah-ratus asli dan herba yang diimport dari negara asal supaya dapat mengekalkan rasa dan aroma sebenar.

Pengunjung boleh memilih tempat menjamu selera sama ada berhawa dingin atau terbuka yang boleh memuatkan hingga 1,000 pengunjung pada satu masa.
Restoran menghidangkan lebih 200 masakan itu turut menggunakan air tangan chef berpengalaman dari Iraq bagi menghasilkan menuberkualiti bertepatan dengan selera masyarakat tempatan.
Kebiasaannya waktu puncak ialah tengah hari dan malam, terutama hujung minggu.

Friday, April 8, 2011

Jom ke Bentong



Bentong adalah salah satu daerah di Pahang dan antara bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong adalah laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan. Dua destinasi pelancongan menarik iaitu Genting Highland dan Bukit Tinggi terletak di Daerah Bentong.


Bentong terletak di suatu dataran lurah yang rata dan dikelilingi oleh bukit-bukau dan hutan semulajadi. Secara tidak langsung ia mewujudkan pemandangan yang terbuka ke arah bukit-bukau yang hijau dan menarik di sekelilingnya.

Pada peringkat awalnya, tempat ini dikenali sebagai Kampung Buloh Betong . Kemudian sekumpulan orang Cina Bentong diketua oleh Dr.Loke Yew memanggil bandar ini " Muntong" dan lama-kelamaan ia bertukar kepada Bentong.
Para penduduk setempat memainkan peranan penting dalam perkembangan bandar Bentong. Mereka membina bangunan rumah kedai tradisional di bandar ini. Selepas kemasukan Inggeris ke bandar ini, banyak bangunan rumah kedai baru dibina semula dengan bangunan senibina dan bentuk yang ada sekarang.
Bangunan-bangunan rumah kedai warisan terletak di Jalan Loke Yew dan Jalan Ah Peng.

Wednesday, April 6, 2011

Nasi Padang - Seri Garuda Emas @ Gombak


Sebuah lagi restoran Indonesia berada di Lembah Klang dan pastinya para pencinta Nasi Padang pasti mengalu-alukannya.

Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Seri Garuda Emas yang terletak di Lot 2345, Kg Simpang Tiga, Jln Greenwood Gombak.

Sepertimana restoran Nasi Padang lain, Restoran ini menawarkan pelbagai menu seperti Ayam Goreng Pop, Usus - Perut Lembu, Daging Dendeng, Tempe Goreng, Rendang Daging Minang, Ikan dan Tunjang.

Restoran Seri Garuda Emas di Kg. Baru, Kuala Lumpur pula terletak di alamat berikut:
36B, Jln Raja Alang, 50300 Kuala Lumpur.

Monday, April 4, 2011

Sarapan di Restoran Hazrul November


Sebuah lagi restoran baru menemui pelanggan di kawasan SS15 di Subang Jaya.

Sepertimana slogannya citarasa kampung di tengah Bandar, Restoran Hazrul November antara lain menyediakan pelbagai jenis menu masakan Melayu khususnay dari Kelantan.

Kehadiran Restoran pastinya dialu-alukan kerana kekurangan jumlah Restoran Melayu di kawasan itu.


Restoran ini menyediakan makanan pada waktu sarapan dan makan tengahari.
Selamat mencuba


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...