Thursday, October 20, 2011

Beli Barang Terpakai @ Amcorp Mall, KL

Sekiranya ada mempunyai masa lapang,
apa kata ke Amcorp Mall pada hujung minggu.
Apa yang istimewaanya mengenai Amcorp Mall ialah beratus-ratus
gerai di setiap tingkat menawarkan pelbagai jenis barangan.
Anda boleh mendapatkan barangan lama, antik serta pelbagai
jenis barangan yang anda rasa tidak boleh didapati dimana-mana.
Para peniaga mempunyai daya tarikan sendiri dengan tawaran harga berpatutan.
Anda boleh mendapatkan koleksi lagu-lagu lama
mahupun pelbagai jenis barangan yang mungkin Anda perlukan.
Waktu Perniagaan setiap Sabtu & Ahad ini bermula
dari jam 10.00 pagi hingga jam 6 petang.

Wednesday, October 19, 2011

Periuk Belanga @ Kelana Jaya


Restoran Periuk Belanga di Kelana Jaya menawarkan
pelbagai menu menarik untuk pelanggannya.
Menu istimewanaya ialah makanan laut seafood.
Ia terletak bersebelahan Restoran MakananCina Muslim
Restoran ini yang terletak di Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya,
adalah begitu sesuai untuk makan bersama keluarga.

Monday, October 17, 2011

Tupai-Tupai @ Shah Alam


Restoran Tupai-Tupai mula membuka cawangan pertamanya di
No. 551 A & B,Jalan Bukit Bintang, Off Jalan Istana, Kuala Lumpur.
Restoran ini menyajikan gabungan luas makanan kegemaran Malaysia
dari Kuey Teow Goreng Cina, Mee Goreng Mamak dan Asam Pedas Melayu.
Di Shah Alam, Restoran Tupai-Tupai boleh dikunjungi di
No 2, Jalan Lompat Tinggi,
13/33 Seksyen 13,
40100, Shah Alam.
Selangor.
Tel/Fax : 03-51262525
(Berhadapan Old Town White Coffee)
Ia turut mempunyai cawangan di Ampang & Bangi.
Untuk maklumat lanjut layari laman web berikut:

Thursday, October 13, 2011

Restoran Menara @ USJ


Sekiranya Anda ingin mencuba makanan Pakistan & Mughal asli
kunjungi Restoran Menara di USJ, Subang Jaya.
Restoran ini terletak di USJ 9 dan boleh dikunjungi di alamat:
No. 1.1 & 3.1, Jalan USJ 9/5P,
UEP Subang Jaya,Selangor.
Tel: +603-8024 6751
email: amjadsabar@hotmail.com
Restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 10.30 malam.
Antara menu tersedia termasuk Seekh Kebab Kambing atau Ayam @RM13.50;
Butter Chicken (1/4) @ RM 18.00, Seafood Briyani @RM 17.00 dan pelbagai jenis roti Naan.
Selamat mencuba.

Tuesday, October 11, 2011

JOM MAKAN @ Westfield, London


Restoran JOM MAKAN di Westfield Shopping Centre, London adalah antara restoran yang berusaha memperkenalkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Restoran ini kini membuka cawangan keduanya di pusat
membeli-belah terbaru - Westfield Shopping Centre, London.
Pusat membelibelah itu terletak di luar stesen
Shepherds Bush Underground di Central Line.
Restoran itu dilapor menyediakan masakan Malaysia halal kepada lebih
15 ribu pengunjung sebulan di dua cawangannya di London.
Antara menu yang tersedia termasuk satay, nasi lemak, rendang, kway teow,
ayam percik,nasi ayam, beriyani, gado-gado, pelbagai jenis mee dan lain-lain.
Minuman kegemaran teh tarik turut disediakan.
Restoran dua tingkat berkeluasan 3,100 kaki
persegi ini boleh memuatkan 120 pelanggan.
Kedua-dua cawangan restoran JOM MAKAN di London beroperasi dari jam
12 tengah hari hingga 11 malam setiap hari kecuali pada Ahad (10 malam).
JOM MAKAN boleh dikunjungi di alamat:
Unit 1032 Southern Terrace, Westfield Shopping Centre,
London SW1Y 5BA
Telefon +44 (0)20 8735 5870
*************
Satu lagi cawangananya ialah di:
5-7 Pall Mall East, Trafalgar Square, London SW1Y 5BA
Telefon: +44 (0)20 7925 2402

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...