Wednesday, November 23, 2011

Rozes Cupcakes Market Place @ Subang Parade

Bagi para peminat cupcakes, anda boleh mendapatkannya di lokasi baru di Subang Parade.
Rozes cupcakes kini boleh ditemui di salah sebuah gerai di Market Hall, Subang Parade.
Pelbagai jenis cupcakes boleh ditemui, di makan atau di bawa pulang.
Ikuti perkembangan pemilik rozes cupcakes di blog mereka di 
Perkembangan mereka juga boleh diikuti di facebook @ 

Monday, November 21, 2011

JM Bariani House @ Market Place, Subang Parade

JM Beriani House yang menghidangkan beriani gam enak 
kini boleh dikunjungi di Market Place, Subang Parade.
Para peminat Nasi Beriani dengan resipi  aroma rempah ratus dari Johor ini 
 sudah cukup untuk memikat selera para pengunjung ke restoran ini.
Kini ia membuka cawangan terbarunya yang ke 20 di Market Place di Subang Parade.
JM Beriani House diilhamkan oleh Encik Mustapa Abdul Karim dan Puan Jamilah 
Abu Bakar yang memulakan perusahaan restorannya pada tahun 1983 di Shah Alam.
Di samping Nasi Beriani pelbagai jenis, menu lain 
turut disediakan termasuk Mee Bandung & Tahu Bakar.
Untuk maklumat lanjut Anda boleh  melayari laman web restoran ini
Lihat juga blog sebelum ini : JM Bariani @ Suban

Friday, November 18, 2011

Muzium The LOUVRE di Kota Paris

Muzium The LOUVRE di Kota Paris ini  adalah  antara muzium 
yang paling terkenal dan terbesar di dunia kerana keluasan lokasinya. 
Ia seumpama ratusan muzium digabungkan menjadi satu.
Di dalam muzium ini  terdapat beribu-ribu bahan bersejarah
 dan bernilai ratusan juta euro dari kurun ke-13 sehingga ke- 17.
Antara yang paling menjadi tumpuan, sudah tentunya 
lukisan Monalisa, karya agung Leonardo Da Vinci.
Bangunan Muzium ini adalah bekas istana 
bangsawan yang terletak di pusat kotaraya Paris.

Thursday, November 17, 2011

Mee Sup Che'gu Sha'ari @ USJ, Subang Jaya


Sekiranya anda berkunjung  ke Restoran Warisan Sambal Opah di USJ, Subang Jaya yang popular dengan nasi lemakanya, anda juga boleh mencuba pelbagai jenis hidangan mee.
Nama Mee itu juga turut menarik. Antara yang 
wajar dicuba ialah MEE SUP CIKGU SHA'ARI.


Atau memilih untuk memesan SOTO PAK MAT TEMPE

Anda juga boleh memesan KOAY TEOW SUP CIKGU 
ROKIAH atau BIHUN SUP MAK MINAH
Restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelangggan khususnya pada sebelah malam.

Restoran ini terletak di No : 2, Jalan USJ 9/5P.
Lokasi ini dahulunya menempatkan Geylang Kopitiam.
Warisan Sambal Opah popular dengan hidangan bungkusan nasi lemak istimewa
kepada pelanggan dengan adunan pelbagai lauk pauk pilihan pelanggan.

Tuesday, November 15, 2011

Restoran Anak Chef Wan - On The TABLE @ Solaris Dutamas




Restoran mewah bernama On The Table boleh ditemui di Solaris Dutamas.
Restoran itu menyediakan hidangan menu antarabangsa.
Restoran milik Chef Riz Redz (Nazri Redzuawan)- 
anak Chef Wan dan rakan kongsinya.
Restoran ini  menyediakan pelbagai menu antarabangsa.
Ia boleh dikunjungi  Alamatnya 
: A4-UG 1.08, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas (1),
 50480 Kuala Lumpur. 
Nombor telefonnya : +603-6207 9966.
Untuk maklumat lanjut mengenai restoran itu sila hubungi emel : chefriz@culinarybrilliance.com
Waktu Perniagaan
 Isnin - Sabtu (Tutup setiap Ahad)
11.00 pagi - 3.00petang
7.00 malam - 11.00 malam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...