Wednesday, February 15, 2012

Ayam Pop @ Sari Ratu




Sekiranya anda singgah ke Restoran Sari Ratu pastikan 
anda  mencuba  menu istimewanya iaitu Ayam Pop.
Ayam Pop adalah Ayam Goreng yang dihidang 
panas berkuahkan kicap dan pucuk ubi kayu.
Apa yang menjadikan ia istimewa ialah keenakkan 
ayam kampung yang dihidang panas bersama  nasi.
Satu lagi menu yang perlu dicuba yang jarang-jarang terdapat 
di Malaysia kecuali restoran Indonesia ialah pemanis s Teler.
Ikuti juga Blog 

Monday, February 13, 2012

Sharina Nasi Lemak Ayam Berempah @ Kelana Jaya



Sharina Nasi Lemak Ayam Berempah adalah sebuah 
gerai yang menawarksn Nasi Lemak bungkus panas.


Untuk mencubanya,  anda boleh ke  Jalan SS6/1, 47301, Kelana Jaya
Ketika bulan puasa kawasan ini menjadi lokasi Bazar Ramadan.

Nasi Lemak yang disediakan sepertimana nasi lemak biasa
bersama sambal, ikan bilis dan kacang & pilihan lauk lain.

Apa yang istimewanya ialah Ayam berempahnya 
digoreng panas ketika pelanggan memesannya.

Gerai ini dibuka setiap hari bermula jam 5.00 petang.
Selamat mencuba.


Sunday, February 12, 2012

Jalan2 Ke Suria KLCC @ KL


Sekiranya anda berada di kompleks belibelah di Suria, KLCC, 
pastikan anda meninjau kiosk barangan di tingkat bawah.
Apa yang menarik ialah kiosk-kiosk ini menawarkan 
pelbagai cenderahati yang kreatif untuk dibawa pulang.
Ia kadangkala unik dan jarang ditemui di tempat lain.
Antara barangan yang menarik di sini, pastinya 
cenderahati bangunan Menara Berkembar Petronas.
Pelbagai cenderahati berasaskan orkid juga kelihatan menarik.
Anda juga boleh memilih cenderahti 
lain mengikut selera dan kemampuan  anda.
Selamat berkunjung.

Friday, February 10, 2012

Menu Ayam di Belanga


Restoran Belanga di Mid Valley atau di Empire Gallery Subang Jaya 
menawarkan pelbagai jenis menu tempatan khususnya dari Kelantan. 
Apa yang istimewanya bagi peminat menu Ayam, 
mereka boleh memilih pelbagai menu berasas ayam. 
Antara menu yang boleh dicuba ialah Nasi Ayam Herba Berempah.
Atau memilih untuk merasa Menu Ayam Percik.
Atau hanya ringkas untuk menjamu selera dengan Nasi Lemak.
Atau hanya mahu merasa menu Nasi Goreng Ayam.
Ikuti Blog  sebelum ini mengenai Restoran Belanga:

Wednesday, February 8, 2012

Steak The Butcher @ Syamille, USJ



Hidangan steak dan daging panggang adalah antara masakan 
barat yang popular dan digemari di kalangan rakyat Malaysia. 

Pilihan menu seumpama ini pastinya menawarkan kelainan 
daripada hidangan nasi - makanan rutin rakyat negara ini.
Untuk mencuba steak, apa kata berkunjung ke,
The Butcher @ Syamille di Jalan USJ 21/11, Subang Jaya.


Bahan mentah daging kambing dan lembu diperolehi secara terus
dari ladang ternakan pemilik restoran, Mohd Zainuri di Syamille Agro
Farm & Resort di Kampung Chuar Hulu, Kati, Kuala Kangsar.
Sebagai penambah perisa kepada  menu steak ini dihidangkan bersama
tiga jenis pilihan sos iaitu sos lada hitam, coklat dan sos cendawan putih.


Beberapa menu lain turut disediakan seperti ikan yellow panggang,
jejari kentang, kentang putar, piza, pasta, coleslaw dan juga kebab.
Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...