Wednesday, May 9, 2012

Chicken Rice Shop

The Chicken Rice Shop adalah di antara restoran yang 
boleh dikunjungi di pelbagai tlokasi  di negara ini.
Ia boleh dikunjungi di kebanyakkan kompleks membeli belah.
Ia menawarkan lauk ayam berteras masakan Hainanese pelbagai perisa .
Ia popular di kalangan yang membawa keluarga kerana harganya 
agak murah sedikit berbanding dengan restoran berjenama lain.
Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut :



Monday, May 7, 2012

Ayam Penyet Jawa @ Shah Alam

Sekiranya Anda ingin mengubah selera - apa kata 
mencuba makanan Indonesia - Ayam penyet.
Anda boleh mencubanya di 
Restoran Ayam Penyet Jawa terletak di Seksyen  7
di Giant, Shah Alam, Selangor 40000.
Pengunjung boleh membuat pilihan pelbagai 
set pilihan sama ada daging,  ayam, udang dan lain-lain.
Anda boleh but pilihan mengikut selera anda sendiri.
Selamat mencuba.


Friday, May 4, 2012

Meninjau Aktiviti Orang Asli @ Taman Negara


 Pengunjung ke Taman Negara boleh berkunjung  
ke kawasan Perkampungan Orang Asli. 
Melawat Perkampongan Orang Asli ini amat unik terutama 
kepada masyarakat bandar kerana tidak pernah 
didedahkan cara kehidupan sebenar Masyarakat Orang Asli.
Cara masyarakat Orang Asli menjalani kehidupan seharian 
seperti menggunakan cara semulajadi dengan 
menghidupkan api dengan daun-daun kayu kering.
Pengunjung juga berkesempaan belajar teknik  menyumpit. 
Pengunjung digalakkan memberi sumbangan derma 
kepada Orang Asli sekadar yang ikhlas. 
Gambar2 : Azizi Sunip.

Wednesday, May 2, 2012

D Arab Cafe di Lembah Klang


D’ARAB CAFÉ adalah satu rangkaian restoran yang menyajikan 
makanan Arab yang mampu dinikmati untuk semua golongan.
Ia terdapat di 11 lokasi di  di Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Klang,
Subang Jaya, TTDI Jaya, Puchong Utama, Uniten & Rawang.
Di Shah Alam, ia boleh dikunjungi di Pusat Komersil, Lot XG8, 
Jalan Plumbum X7/X, Pusat Komersil, Seksyen 7, Shah Alam.
Untuk maklumat lanjut, layari link berikut:
http://www.facebook.com/pages/D-ARAB-CAFE
Ikuti juga link berikut @ :
D Arab Cafe @ Subang Jaya.

Monday, April 30, 2012

Raja Nasi Goreng @ Bandung


Sekiranya anda berkunjung ke Bandung dan secara kebetulan 
berkunjung ke Bandung Super Mall, singgahlah ke food courtnya.


Antara yang tersedia ialah menu yang pelbagai di Raja Nasi Goreng.
Ia boleh dikunjungi di alamat:
Raja Nasi Goreng - Bandung Super Mall
Jl. Gatot Subroto (Jl. Turangga), Bandung, Jawa Barat.
Pelbagai menu lain turut disediakan untuk pilihan anda. 
Gambar2 sumbangan Norzalikha yang berkunjung ke Bandung.
Selamat berkunjung.

Friday, April 27, 2012

Haagen-Dazs @ Champs-Elysee, Paris

Kawasan Champs-Ellysee di kota Paris sentiasa sebok 
dengan pengunjung ke pusat beli-belah tersebok di dunia.
Yang menariknya, sekiranya keletihan berbelanja, pengunjung  boleh memilih untuk bersantai seketika di Restoran Haggen-Dazs.
Restoran ice-cream ini sentiasa dipenuhi pelanggan yang mahumencuba pelbagai menu yang jarang ditemui di tempat mereka.
Pelbagai perisa tersedia untuk dipilih peminat ice cream.
Restoran di sebelah luar juga sentiasa dipenuhi pelanggan.
Maka terpaksalah sesetengah pelanggan memesan 
secara takeway, untuk dinikmati  di luar restoran.
Selamat berkunjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...