Menjelang Ramadhan setiap tahun, Kg. Baru menjadi tumpuan.
Semuanya gara-gara bubur lambuknya yang dikatakan cukup istimewa.
Seawal jam 4 petang, orang ramai mula beratur untuk mendapatkannya
walaupun ia hanya diagihkan selepas solat Asar kira-kira jam 5 petang.
Antara bahan asas yang digunakan ialah halba, kulit kayu manis,
bunga cengkih, jintan putih, buah pelaga dan bunga lawang.
Setiap hari 15 periuk dimasak bagi menampung permintaan orang ramai.

Bukan sahaja warga Kuala Lumpur, malah dari luar Lembah Klang.

Setiap periuk menghasilkan 250 bungkus dan untuk 15 periuk menghasilkan
hampir 4,000 bungkus. Kesemuanya diagihkan dalam masa setengah jam.
Baru-baru ini ketika pelancaran Bazar ramadhan Kg. Baru
sebanyak 100 periuk disdiakan bagi menampung 22,000 bungkus.
No comments:
Post a Comment