Sekiranya anda ke Sabah, pastikan anda
ke Tanjung Simpang Mengayau di Kudat.
Ia lebih terkenal dengan jolokan nama The Tip Of
Borneo atau Penghujung Barat Laut Kepulauan Borneo.
Pemandangannya yang mempesona sentiasa menjadi
buah mulut terutamanya para pencinta alam.
Untuk ke destinasi ini, pemanduan selama empat jam
dari Kota Kinabalu atau kira-kira 215 kilometer.
Dari dataran, apengunjung boleh melihat pandangan
luas lautan Sulu dan Laut China Selatan.
Bagi yang meminati seni fotografi, inilah lokasinya
untuk merakam pelbagai keindahan dan panorama.
Pengunjung tidak perlu bimbang mengenai tempat tinggal
kerana di sini tersedia chalet dengan harga yang berpatutan.
Foto2 Ehsan Azmirul Fariz
Agak dasyat batuan kt pantai tu...Allah Maha Besar!!!
ReplyDelete