

Untuk ke sana para pengunjung dari Makassar perlu menempuh perjalanan darat sejauh 350 km untuk tiba ke Tanah Toraja. ciri menarik ketika di Tanah Toraja ialah rumah Tongkonan. Rumah ini dahulunya menjadi pusat pentadbiran, kekuasaan adat, dan perkembangan kehidupan sosial budaya masyarakat Toraja. Rumah ini tidak boleh dimiliki oleh orang perseorangan melainkan turun temurun oleh keluarga atau marga suku Tana Toraja.

Dengan cirinya yang sedemikian, Tongkonan berfungsi antara lain sebagai pusat budaya, pusat pembinaan keluarga serta pembinaan peraturan keluarga.

Ada juga tongkonan pekaindoran, pekamberan, atau kaparengngesan, iaitu tongkonan yang berfungsi sebagai tempat pengurusan dan pentadbiran adat.
No comments:
Post a Comment