Monday, May 29, 2017

Imbas Kembali - Bazar Ramadan Shah Alam - 2016

 Bazar Ramadan  Shah Alam beterusan menjadi  Bazar 
Ramadhan yang popular dan terbesar di Lembah Klang.



Bazar Ramadhan Section 13, di Stadium  Alam ini mempunyai jumlah gerai yang banyak.



Orangramai gemar ke Shah Alam kerana kemudahan meletak kereta yang banyak.

Pelbagai jenis juadah menanti  pengunjung di Bazar Ramadan, Shah Alam.

Selamat Berkunjung.

Saturday, May 27, 2017

Imbas Kembali Bazar Ramadhan @ Kelana Jaya

Bazar Ramadan Kelana Jaya terus menarik tumpuan para pengunjungnya.
 Bazar Ramadan yang terletak di Jalan SS6/1 ini menawarkan pelbagai makanan berbuka puasa.
Kepelbagaian menu menjadi faktor daya penarik bagi penduduk Lembah Klang ke sini.
Bagi penduduk sekitarnya, Bazar Ramadan Kelana Jaya  tidak asing 
lagi dan menerima kunjungan penduduk di sekitarnya. 
Selamat berkunjung.

Tuesday, February 14, 2017

Mendaki Bukit Tabur di Gombak

Bagi peminat aktiviti lasak di hujung minggu, apa 
kata mencuba mendakiBukit Tabur yang  terletak 
antara Taman Melawati & UIA Gombak. 
Ia popular di kalangan peminatnya kerana 
lokasi yang begitu hampir di Ibunegara.
Ia juga popular kerana Mendaki Bukit Tabur 
hanya mengambil masa kira-kira dua jam.
Antara pemandangan yang boleh dilihat ialah  Empangan 
Kelang Gate serta  bandaraya  metropolitan Kuala Lumpur. 
Pengunjung juga berpeluang melalui cerun-cerun yang tersedia dan  menemui laluan berpermaidani hijau di penghujung pendakian.
Selamat berkunjung.
Foto Ihsan Nurul Sofia Ahmad Fuad.

Tuesday, January 17, 2017

Taman Anggur Perlis @ Kangar


Jika anda berkunjung ke Kangar Perlis, pastikan 
Anda  berkunjung ke Taman Anggur Perlis.
Taman Anggur ini terletak di Jalan Lapangsasar Batu Pahat.
Ia dibuka kepada orangramai dari 
jam 10.00 Pagi hingga jam 6.00 Petang.
Selamat berkunjung.

Wednesday, January 11, 2017

The Household Cavalry Museum @ London


Bangunan Queen's Household Cavalry terletak di penghujung jalan dari Downing Street, Westminster Abbey, dan Parlimen.
Di hadapan museum itu terdapat dua penjaga cavalry 
berkuda  dengan pakaian warna-warni seragam. 

Mereka mempunyai  upacara khas setiap 
hari  hari untuk mengubah anggotanya.
Setiap jam  12: 00 tengahari adalah
masa untuk penukaran tugas penjaga kuda.
Sebuah kiosk menjual cenderahati turut
 tersedia di pintu masuk museum.
Selamat berkunjung.

Friday, January 6, 2017

Salero Negori @ Subang Jaya


Restoran Salero Negori terletak di No. 139, Jalan 15/5A, 47500, Subang Jaya.
Keistimewaan restoran ini ialah kepelbagaian 
lauk yang menambat selera pengunjung.
Antara menu istimewa ialah masak rendang dan gulai ayam 
kampung, daging dendeng, ikan keli bakar, soto padang, 
pempek, ayam goreng bumbu dan pepes ikan.
Selamat mencuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...