


Apa yang sering menjadi tumpuan pelancong ialah lokasi pemakaman di Tana Toraja. Ia boleh ditemui di banyak tempat dan masih lagi digunakan sehingga sekarang.


Ada beberapa jenis pemakaman. Ada yang berbentuk gua, bukit yang dipahat dan batu yang dilubangi. Ada juga makam yang disebut sebagai Patane yang turut dilengkapi dengan Tau Tau - patung tiruan orang yang sudah meninggal.

Acara adat yang paling menarik di Toraja adalah upacara penguburan mayat. Puncak acara penguburan ini lazimnya berlangsung pada bulan Julai & Ogos. Bandar Rantepao merupakan kota terbesar di Tana Toraja dan juga pusat perniagaan. Pelancong yang mengunjungi Toraja umumnya berkumpul di Rantepao bagi memulakan penerokaan segala keunikan dan keindahan Toraja.