Sunday, January 30, 2011

Kueh-Tiau Anjung Merah 2

Bagi mereka yang mengemari makanan Kueh-Tiau khususnya pada sebelah
malam, Anda boleh mengunjungi Restoran Anjung Merah 2, di Subang Jaya.



Setiap kali berkunjung ke sana, saya memesan kueh-tiau
special basah dengan harga RM5.oo sepinggan.
Restoran Anjung Merah turut menyediakan menu lain seperti
masakan gorengan yang boleh dipesan. Anjung Merah turut popular
dengan hidangan makan tengahari dengan menyediakan
pelbagai jenis lauk pauk untuk pelanggannya.



* Lihat blog sebelum ini mengenai

Friday, January 28, 2011

Pasembur, Rojak & Cucur @ Gurney Drive



Bagi mereka yang berkunjung ke Pulau Pinang, antara lokasi popular untuk menjamu selera pada waktu malam ialah di Persiaran Gurney atau Gurney Drive.
Di sana tersedia pelbagai jenis makanan untuk dinikmati seperti seperti char kuey teow,cucur udang, asam laksa, mi hokkien, sate, mi rebus, rojak dan pasembur.
Antara Gerai yang menawarkan Pasembur ialah Stall 09, Anjung Gurney.
Nama Gurney Drive diambil sempena nama Pesuruhjaya Tinggi Britain, Sir Henry

Thursday, January 27, 2011

PAU Kg. Sungai Lalang, Mersing

Sekiranya anda datang dari arah Pantai Timur menuju ke bandar Mersing,
atau perjalanan sebaliknya - dari Mersing ke Pantai Timur - pastikan anda
singgah ke Warong Pau, Kg. Sungai Lalang , kira-kira 5 minit dari Bandar Mersing.
Gerai tersebut sentiasa dipenuhi pelanggan yang berulang alik di kawasan itu.
Antara menu utama di Gerai itu pastinya Pau istimewa.
Pau pelbagai rasa seperti Daging, Ayam, Kacang, Kaya dan Kelapa
menjadi tumpuan para peminatnya, khususnya pada sebelah petang.a
Harga Pau itu ialah 70 sen satu.
Warung itu turut menyediakan masakan panas seperti
mee goreng, mee rebus serta makanan gorengan lain.
Selamat mencuba.

Tuesday, January 25, 2011

Menyusuri Terusan Amsterdam

Antara aktiviti utama pelancong ketika mengunjungi Amsterdam - pastinya menaikki
boat (canal-cruises) mengelilingi terusan-terusan sekitar bandar.



ccANALcDi hadapan Centraal Station menjadi pusat hentian kapal bermotor cccccAAAA
Canal cruise ini sentiasa bersiapsedia untuk mengangkut pelancong yang ingin meneroka terusan-terusan Amsterdam di samping menikmati persekitaran kotaraya itu.

Antara aktiviti lain untuk pelancong di Amsterdam ialah membeli-belah,
mengunjungi museum Van Gogh dan museum Ann Frank - gadis
13 tahun yang menulis pengalamannya dalam novel Anne Frank's Diary .
Satu lagi cara mudah mengunjungi kota ini ialah dengan
mengikuti city tour dengan menaikki bas hop-on hop off.

Saturday, January 22, 2011

Kain Tenun Toraja @ Sulawesi Selatan


Kain tenun Toraja adalah antara usaha kraftangan yang terus dikembangkan. Keistimewaanya terletak pada corak dan warnanya yang khusus, berbeda dari kain tenun dari daerah lain di Indonesia. Selain itu, bahan kainnya kuat namun tetap halus dan indah.

Tenun Toraja merupakan warisan budaya yang diturunkan dari generasi ke generasi. Pengusahanya yang banyak ditemui di Tanah Toraja di Sulawesi menggunakan alat tenun yang tradisional. Mereka memintal benang yang menjadi bahan utama pembuatan kain tenun.


Kain tenun Toraja serta bentuk hasil kraftangan lain boleh dijadikan pelbagai bahan seperti baju, kain, bag-tangan , alas meja, bahan lukisan dan lain-lain.

Motif Lukisan Toraja lazimnya bermotif hiasan, burung dan bunga. Warna yang digunakan lazimnya warna-warna gelap seperti hitam, coklat, biru tua, dan merah.

Hasil kraf Toraja yang cantik ini boleh dijadikan cenderahati bernilai tinggi.

Wednesday, January 19, 2011

Nasi Lemak Jalan Doraisamy, KL


Sebuah lagi tempat untuk menikmati Nasi Lemak dan makanan ringan lain
di tengah-tengah ibukota ialah di Jalan Doraisamy. Ia terletak berhampiran
Hotel Shearton Imperial bersebelahan Kg. Baru.
Gerai-gerai di kawasan ini memang popular khususnya bagi mereka
yang mahu bersantai minum teh tarik bersama nasi lemak.

Gerai-gerai ini dibuka pada sebelah petang sehingga lewat tengah malam.

Di samping Nasi Lemak, menu lain yang popular ialah Rojak Dorai Original dan pelbagai jenis mee.

Sunday, January 16, 2011

Khong Hae Floating Market @ Hatyai



Antara tumpuan pelancong yang berkunjung ke Hatyai, Thailand pastinya Khong Hae Floating Market atau Klonghae Floating Market. Ia terletak kira-kira 4 kilometer dari bandar Hatyai di daerah Tambon Klonghae.
Pasar ini dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad bermula 3 petang hingga 9 malam.
Ia mula dibuka pada tahun 2008.
Pelbagai jenis makanan Thai tersedia termasuk buah-buahan, snack, minuman yang dijual di dalam sampan. Kira-kira 100 buah sampan berderetan menjual pelbagai jenis makanan dan barangan kepada orangramai.
Bagi Umat Islam, mereka boleh mengenalpasti penjualnya yang bertudung dan ada penanda Halal..
Foto yang dipaparkan adalah ehsan Sdr. Zuweri yang berkunjung ke Hatyai baru-baru ini. Anda juga boleh mengikuti blog beliau di link berikut.: http://zue86.blogspot.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...