Monday, April 3, 2017

Pasar Filipina @ KK



Pasar Filipina terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Hotel Le Meridian. Ia  satu tempat yang cukup terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu.
Pelbgai cenderamata dan kraftangan tempatan seperti rantai kunci, T-shirt, ukiran kayu, kraftangan lain turut dijual. Bahan hiasan Mutiara adalah antara bahan paling popular di kalangan pengunjung.

Apa yang menariknya ialah pada sebelah petang, kawasan itu berubah suasana apabila berpuluh-puluh gerai menjual 
kerperluan dapur harian, sayur-sayuran serta bekalan ikan.
Di samping menerima kunjungan para pelancong , pasar petang/malam ini menjadi tumpuan penduduk tempatan bagi mendapatkan bekalan bahan makanan seharian mereka dengan harga yang lebih murah.
Pelbagai jenis ikan, udang ketam dan hasil laut lain 
yang segar boleh diperolehi hasil tangkapan nelayan 
sekeliling pulau-pulau berhampiran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...