Saturday, November 20, 2010

Rumah Bugis di Sulawesi


Ketika ke Sulawesi, antara perkara yang menarik bagi para pengunjung ialah keindahan seni bina Rumah Bugis yang boleh diperhatikan sepanjang perjalanan.

Rumah Bugis memiliki keunikan senibena yang unik dan tersendiri.
Layari link berikut untuk mengetahui lebih mendalam mengenai tajuk yang diperkatakan.
* Dan petikan kajian berikut Oleh Ahmad Misman Bin Angsar
mengenai

Ayam Goreng Fatmawati


Antara menu menarik ketika anda mengunjungi pelbagai Pusat Belibelah atau dipanggilMal di pelbagai kota di Indonesia pastinya franchise Ayam Goreng Fatmawati.
Sekiranya anda ke Jakarta, ia lazimnya boleh diperolehi di kebanyakan Mal yang ada dilantai yang menawarkan di Food Court yang tersedia.
Restoran Ayam Goreng Fatmawati merupakan restoran ” semi fast food ” yang menyajikan pelbagai masakan tradisional Indonesia. Menu utamanya ialah Ayam Goreng Kuning dan Ayam Bakar yang diolah secara khas dari pelbagai rempah- rempah asli Indonesia.
Antara sajian istimewa yang turut tersedia di restoran Ayam Goreng Fatmawat ini ialah soto, ayam kampung, ikan bakar, sup tulang rusuk dan sup ekor.
.
Restoran Ayam Goreng Fatmawati merupakan restoran dengan konsep ” semi fast food and semi self service ”, pengguna diberi kebebasan memilih menu dan jenis makanan yang akan dipesan, makanan diproses secara cepat dan disajikan langsung dari dapur.
http://www.fatmawati.com

Monday, November 15, 2010

Mini Chakuih @ Kota Baru


Sekiranya anda berjalan-jalan di Kota Bharu, singgahlah sebentar di Gerai Mini Chakuih bersebelahan Hotel Renaissance.
.
Setiap hari pada waktu puncak, dapat diperhatikan para pelanggan gerai ini berpusu-pusu membeli Chakuih istimewa ini.

Ia dijual dengan harga 10 sen satu dan keenakkannya menjadikannya ia antara gerai popular bagi para pengunjungnya.

Thursday, November 11, 2010

Restoran Cili Merah @ Shah Alam


Restoran Cili Merah terletak di Seksyen 9 Shah Alam iaitu di belakang Hotel Concorde.
Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis menu masakan Melayu serta makanan Barat. Apa yang menariknya ialah hidangan waktu makan tengahari.
Ia menawarkan pelbagai jenis lauk pauk makanan Melayu untuk para pengunjungnya.
Pada sebelah malam pula restoran itu menawarkan pelbagai jenis makanan panastidak
sepertimana waktu makan tengahari. Ia juga dibuka pada waktu pagi untuk pengunjung bersarapan.

Restoran ini boleh dikunjingi di alamat berikut:
Restoran Cili Merah
Jalan Tengku Ampuan Zabedah H 9/H
Shah Alam, Selangor.

Saturday, November 6, 2010

The Loaf @ Empire Gallery


The Loaf merupakan sebuah restoran yang menawarkan pelbagai jenis
makanan khas yang berteraskan masakan tradisi bakery dari Jepun.
The Loaf mula dibuka buat pertama kalinya di Malaysia dengan
cawangan terawalnya di Telaga Harbour Langkawai pada tahun
2006. Setahun berikutnya ia dibuka di Pavilion, di Ibunegara.

The Loaf membuka cawangan ke tiga di Empire Gallery di :
Lot LG23A Lower Ground Floor
Jalan SS16/1
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan.


Cawangan paling terbarunya pula di IOI Boulevard , Puchong, Selangor..


Grand Chef Yukichi Matsubara yang berpengalaman lebih 20 tahun
dalam bidang pembuatan roti berterusan memantau penghasilan roti di The Loaf.

Monday, November 1, 2010

Khadijah's Kitchen



Khadijah's Kitchen milik penyanyi Khadijah Ibrahim boleh dikunjungi di alamat 21 Jalan 11/2, Jalan Bukit, 46200 Petaling Jaya.
Restoran istimewa ini menawarkan pelbagai jenis masakan Melayu Istimewa seperti seperti Masak Lemak Ikan Parang, Ikan Talang Dengan Nenas, Sambal Udang Tempoyak dan pelbagai lagi. Turut ditawarkan ialah makanan ringkas seperti Nasi Lemak, Mee Goreng dan pelbagai Jenis Makanan yang sesuai pada bila-bila waktu.
Menambah seri kepada restoran ialah hiasan dekorasi dalamannya. Ini merangkumi pada bahagian letak sofa serta meja makannya.
Aksesori hiasan meja dan dekorasi tambahan di sini pun banyak diambil daripada koleksi peribadi di rumah.


Tembok restoran tidak dibiar kosong tapi dihias dengan gantungan wajah-wajah artis tersohor negara seperti Sheila Majid, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Anuar Zain.
Anda juga boleh mengunjungi waktu teh petang dengan hidangan istimewa kuih-kuih Melayu tradisional serta aneka jenis bubur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...