Friday, April 13, 2012

Bangunan Kedai Lama @ Pulau Pinang


Kawasan kedai-kedai di beberapa kawasan
 Pulau Pinang mempunyai  keistimewaan tersendiri.
 
Pastinya ia akan meninggalkan nostalgia
 tersendiri kepada para pengunjung.
Bangunan-bangunan kedai lama seperti
 ini mempunyai ceritanya tersendiri.
Lihatlah rumah kedai seperti in yang telah diubahsuai 
dengan mengekalkan ciri lama struktur bangunannya.
Sekiranya anda rajin meninjau pelbagai tempat di pulau ini, 
anda boleh menemui pelbagai bangunan rumah
 kedai yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Bangunan-bangunan seperti ini boleh menggamit para 
pelancong untuk menilai senibena bangunan lama di Pulau Pinang.
Pastikan ketika ke sana , anda memerhatikan dan menilai 
bangunan-bangunan lama yang mempunyhai niliai tersendiri.
Selamat berkunjung.

Wednesday, April 11, 2012

Minum Teh Petang @ Cheechah


Kalau mahu mencari lokasi untuk minum petang
 yang santai, anda boleh mencuba Cheechah. Di sini anda boleh 
memesan hidangan ringan sesuai dengan selera tempatan.
Cafe Cheechah terletak di No 2-1 (Ground Floor), 
Jln PJU 5/4, Dataran Sunway, Kota Damansara, Selangor.

Pelbagai  menu menarik untuk dicuba sambil 
mencecah apa juga makanan ringan yang tersedia.
.
Di samping makanan ringan, Cheechah juga 
menawarkan pelbagai menu makan tengahari dan malam.
Selamat mencuba.

Monday, April 9, 2012

Poached Salmon & Cake Daim @ IKEA


Sekiranya anda mahu mengubah selera - makanan 
Eropah ala Swedish -  apa kata mencubanya di Cafetaria Ikea.
Ia menawarkan pelbagai menu seperti Swedish Meatballs with Fries
 (RM8.90 untuk 12 pieces) , fish & chips, RM8.90 & roast chicken.
Anda juga boleh mencuba menu istimewanya iaitu poached 
salmon dihidangkan dengan kentang serta brocolli.

Jangan juga lupa mencuba cake daim  
(Harga RM4.90) yang istimewa bagi para pengunjungnya.
Selamat mencuba.

Friday, April 6, 2012

Tuol Sleng Prison @ Phnom Penh



Tuol Sleng Prison (Security Prison 21, S-21)  terletak di kotaraya Phnom Penh.
Ia kini menjadi sebuah Muzium yang dahulunya dijadikan 
Penjara oleh tentera Khmer Rouge dari tahun 1975 hingga 1979. 


Sebelumnya ia adalah sebuah Sekolah Menengah Atas Chao Ponhea Yat 
yang diubahsuai menjadi penjara dan pusat interogasi yang mengerikan. 
Tuol Sleng sendiri dalam bahasa Khmer bermakna Bukit pohon beracun. 
Bangunan ini dibiarkan apa adanya sejak runtuhnya kekuasaan Khmer Rouge.
(Security Prison 21,S21 - meletakkan banduan dari seluruh dunia 
seperti Austrlia, Amerika dan negara Asia lain.
Sekiranya ke kotaraya Phnom Penh, kunjungi Tuol Sleng 
Prison untuk menyaksikan kemampuan kedurjanaan manusia.
Gambar2 Azizi Sunip.

Wednesday, April 4, 2012

Chawan Cafe @ Publika, Solaris, Dutamas


Chawan Cafe di Bangsar kini membuka 
cawangan barunya di Publik di Solaris, Dutamas.
Berbanding di Bangsar, Cawangan Solaris Dutamas 
ini lebih luas untuk keselesaan para pengunjung.
Sepertimana di Bangsar, Chawan Cafe menawarkan pelbagai 
menu tempatan mahupun antarabangsa.
 Anda juga boleh memesan pelbagai jenis Mee ataupun 
pelbagai jenis nasi seperti Nasi Dagang dan Nasi Lemak.
Cafe ini boleh dikunjungi di alamat 
G2 - 66, Level G2, Publika, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 
50480 Kuala Lumpur, Malaysia. 
Ikuti blog ini untuk maklumat cawangan di Bangsar.

Monday, April 2, 2012

Restoran Ayam Kukus Syukran @ Shah Alam

Restoran Ayam Kukus Syukran di Shah Alam 
tidak hanya menjual Nasi Ayam Kukus.
Ia turut menawarkan pelbagai jenis menu masakan 
panas daripada pelbagai jenis  mee dan nasi.
Menu makanan China Islam turut disediakan.
Ia boleh dikunjungi di Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13.
Anda juga boleh mencuba nasi ayam kukus
yang menjadi menu istimewa restoran ini.
Lihat blog megenainya @  Restoran Ayam Kukus Syukran
Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...