Wednesday, August 24, 2011

Promosi Raya 2011 @ Bangsar Shopping Centre

Foyer Bangsar Shopping Centre di ibunegara berubah wajah. Lokasi
promosi Aidilfitri dibuat khusus berkonsepkan senibena Islam yang menarik.
Pengunjung boleh merasakan seperti membelibelah
di dalam hikayat 1001 malam di padang pasir negara Arab.
Bahan-bahan jualan disedia khas untuk menyambut kedatangan Aidilfitri.
Kueh Muih, pakaian serta barangan keperluan berhari
raya yang popular tersedia untuk pilihan pelanggan.
Pakaian berhari raya untuk golongan dewasa lelaki
dan wanita adalah antara tawaran yang pastinya menarik.

Tuesday, August 23, 2011

Promosi Raya 2011@ Jalan TAR, KL

Setiap tahun Jalan Tunku Abdul Rahman menjadi tumpun
orangamai yang mahu membelibelah untuk Hariraya.
Gedung Pakaian seperti Globe Silk Store, Gulattis adalah antara yang popular.
Kepelbagaian jenis pakaian lelaki mahupun wanita dengan harga
yang agak berpatutan menjadi kawasan ini tumpuan pelanggan.
Pada hari biasa pun tempat ini sentiasa sesak. Apabila hariraya, muncul,
kedai-kedai ini dibuka sehingga lewat malam untuk menenuhi keperluan pelanggan.
Apa yang menjadi masalah bagi pelaggan ialah tempat meletak kereta. Tempat
meletak kereta di sebelah panggung Odeon berhadapan Campbell
Complek meletakkkan harga RM10 untuk meletak kereta di situ.
Pada hujung minggu, tempat ini penuh sesak dengan orangramai yan bukan sahaja
ke Jalan Tunku Abdukl Rahman malah mengunjungi gerai di belakang Jalan
Tunku Abdul Rahman yang menawarkan harga barangan yang lebih murah.

Monday, August 22, 2011

Promosi Raya 2011 @ Pavilion, KL.

Pusat membelibelah paling popular di Kuala Lumpur
tidak ketinggalan menganjurkan promosi Hari raya tahun ini.
Promosi itu bermula 10 Ogos dan berakhir pada 4 September 2011.
Penghuni kota dan persekitarannya boleh berkunjung ke pusat membeli belah
ini di samping dihiburkan dengan persembahan khas sempena Ramadan & Aidilfitri.
Apa yang agak menghairankan ialah pilihan warna merah sebagai tema promosi tahun ini.
Sekali imbas para pengunjung boleh merasakan seperti merayakan Tahun Baru China.
Warna merah yang dipilih menengelamkan aura perayaan Ramadan & Aidilfitri.
Ikuti juga blog sebelum ini :Promosi Raya 2009 - Pavilion

Sunday, August 21, 2011

Promosi Nougat, Coklat & Baklava @ BSC


Nougat sejenis manisan, Baklava-manisan pastri serta coklat menjadi
tema promosi di Concourse Bangsar Shopping Centre di ibunegara.
Jenis-jenis manisan yang popular di negaraArab kini
mula mendapat tempat di kalangan rakyat tempatan.
Orangramai yang mahu mencuba jenis makanan ini boleh mengunjungi Bangsar
Shopping Centre yang kini menawarkan pelbagai jenis bahan makanan ini.
Bagi mereka yang tidak berapa mengemari makanan jenis ini, mereka boleh
mengubah selera dengan mencuba pelbagai jenis coklat yang tersedia.
Atau memilih untuk menjamu selera dengan mencuba pelbagai jenis kek yang tersedia.

Saturday, August 20, 2011

Promosi Raya 2011 @ Empire Gallery, Subang Jaya


Kompleks membelibelah Empire Gallery di Subang Jaya memilih
suasana rumah kampung sebagai tema promosi hari raya tahun ini.
Antara barangan yang dipromosikan ialah pakaian,
kuih muih serta perlengkapan bungkusan.
Promosi pakaian hari raya menjadi tumpuan pengunjung.
Kuih Raya adalah antara gerai popular yang tersedia.
Layari blog sebelum ini mengenai :

Friday, August 19, 2011

Bazar Ramadan 2011 @ Kelana Jaya


Bazar Ramadan Kelana Jaya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Bazar ini menyediakan pelbagai jenis hidangan dan dianggarkan
hampir 60 gerai tersedia di sepanjang jalan SS6/1.
Para pengunjung pastinya pening kepala untuk membuat
pilihan kerana terlalu banyak bahan makanan untuk dipilih.
Dari ikan bakar, ke petai, rojak buah serta sata terengganu, segala-galanya boleh ditemui di sini.
Selamat berkunjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...