Friday, June 8, 2012

Restoran Muslim - Dong Yi Shun @ Kelana Jaya

Restoran Cina Muslim kini boleh ditemui di 
pelbagai lokasi khususnya di Lembah Klang.
Sekarang ini kita boleh merasakan menu  masakan 
China yang halal dan tidak perlu diragui.
Antaranya ialah Restoran
Dong Yi Shun di Kelana Jaya.
Ia terletak di :
C-G-06, Ground Floor, 
Dataran Glomac Jalan SS6/5B,
Kelana Jaya Petaling Jaya
Tel : 03 - 7803 4012
Selamat mencuba.

Wednesday, June 6, 2012

Jeepney Di Jalanraya Manila



Pengalaman ke Filipina adalah memori  
mengenai pengangkutan awamnya  iaitu Jeepney. 
Jeepny adalah pengangkutan awam paling 
popular  dan danggap sebagai simbol kepulauan itu. 
Sejarah Jeepney (bas yang diubahsuai daripada lori) bermula selepas
Perang Dunia II, apabila tentera Amerika berundur dari Filipina.


Mereka meninggalkan beratus-ratus jeep lebihan tambahan.
Orang ramai mengubahsuai jeep untuk memenuhi keperluan penumpang.
Namun, walau apa pun cerita disebalik Jeepney, 
kenderaan itu tetap menjadi ikon pelancongan d Flipina.
Jeepney ini  dihiasi dengan aksesori berwarna-warni dan 
 ia adalah pengangkutan awam paling bergaya di dunia.
Gambar sumbangan Azizi Sunip.

Monday, June 4, 2012

Kafe JEMARI @ Kelana Jaya

Sebuah restoran ala Thai boleh ditemui di Kelana Jaya.
Ia terletak di alamat : 
C-G-05, Jalan SS 6/5B, Dataran Glomac, Kelana Jaya.


Anda boleh memilih untuk memesan makanan yang 
ringan atau pelbagai set menu mengikut citarasa anda
Pelbagai menu tersedia untuk pengunjung 
khususnya yang meminati makanan Ala Thai.
Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan.

Selamat Mencuba.

Thursday, May 31, 2012

Dapur Penyet @ Bandung


Jika anda ke Bandung singgahlah ke Dapur 
Penyet untuk menikmati makanan Jawa.
Pelbagai jenis Masakan penyet boleh ditemui 
termasuk daging, ayam, ikan , udang malah itik.
Ia boleh dikunjungi di alamat :
Dapur Penyet; Jl. Gandapura No. 55, Bandung; 
Selamat berkunjung.

Tuesday, May 29, 2012

Ayam Penyet RJ @ Kuching


Kalau Anda ke Bandar Kuching apa kata mencuba Ayam Penyet RJ.
 
Jangan juga lupa memesan pelbagai manisan selepas makan.
Di samping itu pastikan  juga anda mencuba Mee 
Kolok yang merupakan resipi asal dari Sarawak.
Selamat mencuba.
Foto sumbangan Nur Diana.

Wednesday, May 23, 2012

Pasar Karat JB


Sekiranya anda ke Johor Bahru, pastikan anda 
berkunjung ke Pasar Karat JB di Jalan Seget.
Ia lebih meriah sekiranya anda berkunjung pada malam minggu.
Pelbagai barangan terkini serta 
barangan antik boleh ditemui di sini.
Antara barangan menarik pastinya barangan antik yang tersedia.
Sekiranya anda bernasib baik anda boleh 
temui barangan antik yang berharga.
Selamat berkunjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...