Wednesday, September 5, 2012

Buffet Singgah Selalu @ J.Bahru

Restoran Singgah Selalu yang terletak berhadapan Danga 
Bay menawarkan pelbagai jenis makanan sehari 24 jam.
Namun anda juga boleh memilih untuk makan 
tengahari dengan pesanan Buffet yang tersedia.
Selepas memilih pelbagai jenis lauk 
pauk yang tersedia, barulah ia dikira.
Anda boleh memilih pelbagai jenis makanan berdasarkan keperluan selera Anda.
restoran ini menyediakan pelbagai jenis menu dari sebelah pagi, petang malam.
Selamat berkunjung.

Friday, August 31, 2012

Monday, August 27, 2012

Satay Station @ Ampang Waterfront, KL


Satay Station di Ampang Waterfront yang  berkonsepkan
 'Santap & Santai' dirasmikan  pada 28 Mac 2011.
Ia  terletak di Jalan Ampang berhampiran dengan Carefour Ampang.

Ia menyediakan tempat duduk yang boleh 

memuatkan lebih 700 pegunjung pada satu masa.

Di samping menu satay terdapat menu lain 
seperti sup, nasi putih dan telur dadar.
Foto-foto disediakan oleh Azizi Sungip.

Saturday, August 25, 2012

Makan Burasak di Pagi Raya 2012


Burasak adalah makanan popular di kalangan 
masyarakat Bugis di Johor ketika Aidilfitri..
Ia diperbuat dari nasi beras wangi yang 
di bungkus dengan helaian daun pisang muda.
Ia lazimnya di makan dengan Asam Pedas ikan parang, 
rendang ayam atau daging berserta serunding kelapa.
Sejenis makanan lagi bagi masyarakat Bugis 
ialah Lepat Eloi yang diperbuat dari pulut.


Ia berbentuk segitiga dan masa rebusan memakan 
masa 6 hingga 8 jam untuk hasil yang baik.

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin.
Sempena Berhari Raya - Berhati-hati Di Jalanraya.


Friday, August 17, 2012

Promo Baklava @ Bangsar Shopping Centre



Sempena Aidilfitri Baklava-manisan pastri serta coklat menjadi tema promosi di Concourse Bangsar Shopping Centre.
Mereka yang ingin cuba makanan ini boleh mengunjungi 
BSC  yang  menawarkan bahan makanan ini.
Di samping itu pelbagai jenis kek dan 
coklat turut tersedia bagi pengemarnya.
Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...