Friday, October 12, 2012

Fish & Co @ One Utama 2012


Bagi peminat  makanan laut, Fish & Co adalah 
antara yang menawarkan menu seafood.
Pelbagai pilihan boleh dibuat 
dengan menu masakan tersendiri.
Pengunjung boleh memilih untuk menu ikan, udang, 
sotong ataupun kombinasi ketiga2nya sekali.
Restoran ini boleh ditemui di kebanyakan pusat 
belibelah popular di beberapa negeri di Malaysia.
Selamat mencuba.

Wednesday, October 10, 2012

Kuey Teow Kerang @Warisan Sambal Opah


Sekiranya mahu mencuba Kuey Teow Kerang basah, apa 
kata mencubanya di Restoran Warisan Sambal Opah.
Restoran ini sebenarnya lebih popular 
dengan hidangan nasi lemak bungkusnya.
Sekadar mengubah selera, apa kata mencuba 
Kuey Teow Kerang yang tersedia.
Restoran ini terletak di No : 2, Jalan USJ 9/5P.
Lihat juga blog mengenai Nasi Lemak popular restoran ini 



Monday, October 8, 2012

Wadihana Islamic Steakhouse @ Bangi

Sekiranya selama ini anda mencari steakhouse yang halal -
 jawabanya ialah ke Wadihana Islamic Steakhouse di Bangi.
Wadihana Islamic Steakhouse ini terletak  sederet dengan
kedai Ice Room dan berhadapan dengan Secret Recipe. 
Ia boleh dikunjungi di alamat 25, Jalan Medan Pusat 2D, 
3B Curve Business Park, 43650  Bandar Baru Bangi.
Anda juga boleh meninjau facebook restoran ini  @  Wadihana Islamic Steakhouse untuk maklumat lanjut.
Di lokasi berhampiran terdapat juga Wadihana Islamic Kitchen yang menyediakan makanan Melayu seperti  nasi goreng &  mee hailam.

Monday, October 1, 2012

Mee Rebus Stulang Laut @ Larkin, JB 2012

Mee Rebus Setulang Laut sering menjadi 
buruan peminat Mee Rebus.
Ia boleh ditemui di beberapa lokasi di bandar Johor Bahru.
Ia juga boleh ditemui di Plaza larkin berhampiran 
dengan stesen Bas Utama di J.Bahru di Larkin.
Selamat mencuba.
Ikuti juga link berikut mengenai rstoran ini

Monday, September 24, 2012

Restoran Ayu & Catering @ Kajang

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi 
sekiranya anda berada di Kajang.
Apa kata singgah di Restoran Ayu & 
Catering  yang berhampiran bandar Kajang.

Menu istimewanya ialah Nasi Lemak Panas. Anda boleh 
memilih untuk makan bersama pelbagai  lauk yang tersedia. 
Anda boleh memilih untuk makan bersama pelbagai  
jenis lauk yang tersedia dengan harga yang berbeza.
Ia boleh dikunjungi di alamat berikut:
Lot 133, Batu 14, Jalan Cheras, Kajang, Kajang, 43000
Selamat berkunjung.

Friday, September 21, 2012

Restoran Pilihan @ Marrakesh Sunway Pyramid

Bagi mereka yang berkunjung ke pusat belibelah Sunway Pyramid jangan lupa ke Marrakesh di mana tersedia banyak restoran untuk dicuba.
Kawasan yang memperagakan susun atur  Timur Tengah ini turut  
memilikki beberapa restoran pilihan untuk memenuhi selera anda.
Antaranya termasuk restoran Tarbush.
Atau anda  memilih untuk mencuba restoran lain.
Restoran makanan segera juga tersedia.
Selamat berkunjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...