Sunday, October 22, 2017

Mari Mari Cultural Village @ Sabah


Mari-Mari Cultural Village membolehkan pengunjung melihat cara hidup, budaya 
dan rumah pelbagai suku kaum di Sabah.
Antara rumah yang tersedia termasuk  Rumah 
Bidayuh, Bajau, Kadazan, Murut dan Dusun.
Desa budaya ini terletak di tengah-tengah lingkungan hutan 
terpencil di Inanam sekitar 25 km dari Kota Kinabalu.
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan 
 tarian kebudayaan pelbagai etnik Sabah di sini.
Harga tiket yang dikenakan ialah:
Rakyat Malaysia = Non-Malaysia
Dewasa RM140 RM160
Knak-Kanak (5-11 tahun) RM110 RM140
Selamat berkunjung.

Sunday, September 10, 2017

Rumah Api Fort Cornwallis di Padang Kota

Rumah api ialah menara bagi membantu ahli pelayaran atau 
nakhoda kapal di laut untuk belayar dan mendarat dengan selamat. 
Menara Fort Cornwallis di Pulau Pinang ini  
dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api.
Ia diperbuat daripada kerangkaan besi berwarna putih sehingga 21 meter. Jarak penglihatan pula mengjangkau sehingga 16 batu nautika. 
Kota Cornwallis ini mendapat namanya bersempena nama Gabenor Jeneral Inggeris di Bengal pada ketika itu iaitu Charles Cornwallis.
Selamat berkunjung.

Monday, September 4, 2017

Taiping Night Safari

Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas. 
Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman ini dan pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. 


Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di sini kerana ini boleh  mengganggu haiwan yang dipamerkan.

Selamat berkunjung.

Thursday, August 17, 2017

Cemerung Outddoor Adventure @ Terengganu

Bagi peminat kegiatan luar bermotosikal "extreme" 
apa kata mencubanya di Cemerung Outdoor Adventure.

Ia terletak di Kg. Jongok batu, Taman Rekreasi 
Air Terjun Cemerung,  Dungun, Trengganu.
Ia mula dibuka kepada orangramai pada September 2010.

Di sini anda dan keluarga boleh menngalami pelbagai cabaran bermotosikal dengan pelbagai track pilihan yang bersesuaian.

Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut @

Thursday, July 27, 2017

Philea Resort & SPA @ Melaka


Philea Resort and SPA terletak di Ayer Keroh, Melaka.
 Shah Rukh Khan turut pernah menginap di 
Resort ini semasa kunjungannya ke Melaka. 


Resort ini menawarkan 201 Bilik, 180 daripadanya 
              19 unit Philea Suit & 2 unit Royal Villas.
Menginap di sini bagaikan menjengah ke alam yang
 serba indah, cantik dan menenangkan jiwa dan perasaan. 
Rekabentuk unik hotel ini diilhamkan oleh 
Symbiosis Design Associates Sdn. Bhd .
Ia boleh dikunjungi di
Lot 2940-1, 
Jalan Ayer Keroh, 
Off Jalan Plaza Tol, , 
Ayer Keroh, Malacca / Melaka, 
Malaysia 75450

Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut @

Thursday, June 22, 2017

Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail - 2017


Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail , TTDI adalah antara pasar Ramadan paling popular di kalangan pengunjung di Lembah Klang.


 Ia menawarkan pelbagai  
 makanan daripada pelbagai negeri.





Tepuk dada tanya selera semua menu makanan 
yang diperlukan boleh diperolehi di sini.




Sekiranya anda ke kawasan Taman Tun, pastikan anda menjenguk Bazar Ramadan TTDI ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...