Wednesday, August 26, 2009

Bazar Ramadan 2009 - Taman Perling, JB.

Ketika bulan Ramadan tiba umat Islam turut mengambil kesempatan untuk mencari rezeki tambahan berniaga kecil-kecilan di Bazar Ramadan yang tersedia dipelbagai tempat.

Bagi penghuni Taman Perling dan penduduk berhampiran, Bazar Ramadan Taman Perling, Johor Bahru, ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung yang membuat persediaan membeli makanan untuk berbuka puasa. Antara makanan istimewa di Johor yang hanya didapati pada bulan puasa pastinyalah Nasi Ambang. Nasi Ambang merupakan makanan masyarakat Jawa yang dikenali sebagai Nasi Ambeng. Ia lazimnya dihidangkan semasa kenduri arwah.

Nasi Ambang lazimnya disediakan bagi membolehkan tetamu mengalas perut kerana mereka kemudiananya akan membawa pulang bungkusan bekalan Nasi Ambang yang diberikan oleh Tuan Rumah. Antara bahan di dalam Nasi Ambang ialah nasi putih, ayam masak kicap atau goreng , sambal goreng jawa, serunding kelapa, mee hoon goreng atau mee goreng, ikan kering kecil yang digoreng rangup, ulam timun, keropok dan tempe goreng.

Di Bazar Ramadan Taman Perling ini, pelbagai bahan makanan istimewa lain turut tersedia buat pelanggan, sehinggakan ketupat dan lepat turut tersedia seawal hari puasa pertama lagi.

Pastinya makanan-makanan lain turut tersedia.

Kuih Muih dan pelbagai jenis Lauk Pauk juga menjadi antara daya penarik bagi orangramai untuk berkunjug ke Bazar Ramadan yang khususnya tersedia selama sebulan sepanjang bulan yang mulia ini.

2 comments:

  1. nasi ambeng warung IBU... selalu ada di pasar ramadhan stadium shah alam.. memang best sangat rasanya

    ReplyDelete
  2. Nasi ambeng warung ibu kuala selangor marii..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...