Sunday, August 16, 2009

Mee Rebus Haji Wahid @ Putrajaya



Bagi peminat Mee Rebus Haji Wahid di Lembah Kelang, mereka boleh mendapatkan Mee kegemaran mereka di Gerai Mee Rebus salah seorang anak Haji Wahid iaitu Zainal di Gerai Makanan Jalan P9C, di Presint 9, Putrajaya.
Gerai ini letaknya bersebelahan dengan Kelinik Kesihatan, Putrajaya, Presint 9.

Ia dikelolakan di bawah syarikat Albarakath Restaurant & Catering services yang turut menyediakan perkhidmatan catering.
Keisitmewaan Gerai ini ialah Mee Rebusnya berharga RM3.50 sepinggan yang diadun khas dengan keropok, tauge, telur pindang, potongan lada hijau, taburan bawang goring disulami dengan perahan limau nipis sekiranya mahu.
Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning dan tauge yang disirami dengan kuah pekatan kentang.

Gerai ini juga menjual menu lain selain daripada Mee Rebus seperti Soto, Nasi Impit, Soto Mee Hoon, Soto Mee, Nasi Tomato dan Nasi Ayam.
Tujuh daripada 12 anak Haji Wahid dan dua cucunya melanjutkan perniagaan Mee Rebus ini di Taman Rinting, Larkin Market food Court, Kampung Melayu dan di sebelah masjid Kolam Air, semuanya di Johor.

Cawangan di luar Johor yang diusahakan oleh anak-anak Haji Wahid di samping Presint 9, Putrajaya ialah di Section 24 Shah Alam oleh Yassin yang dahulunya berniaga di Tepian Tebrau, JB, dan di Sri Hartamas yang diusahakan oleh Nasir yang dahulunya berniaga di Komplek Kotaraya, J.Bahru.


* Lihat juga Blog : Mee Rebus Haji Wahid @ JB sebelum ini.

13 comments:

  1. Salam, nice entry awk. Sy nak minta izin utk copy gambar entry ni. Harap awk tidak keberatan.

    ReplyDelete
  2. SEK 24 shah alam kat mana.??boleh specific sket tak...???dah puas ronda tp x jumpa lah...

    ReplyDelete
  3. Oh wow. Dah naik harga. Lol. It's RM5.00 now. It's like 50 cent every year naik is it?

    ReplyDelete
  4. Mahal dan makin sikit kuantiti..aku org kg melayu majidee jb yg membesar dgn mee rebus ni sgt rasa tak puas hati...huhu.. mtk lebih sikit kerak pn dia cas 50 sen..gila punya berkira...

    ReplyDelete
  5. salam... kt sek24 shah alam pun ada ke kedai ni? tp kt mana ye?? dok cari xjmpa pun?

    ReplyDelete
  6. Restoran di Shah Alam sudah ditutup. Di Lembah Kelang ia boleh ditemui di Putrajaya & Plaza Damas, Sri Hartamas. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  7. mee rebus makin x sedap n gile2 mahal skrg ni..jenis org yg da untung tp mkin tamak..amat mengecewakan!

    ReplyDelete
  8. klu pegi putrajaya mesti singgah sini walaupun kualiti kurang dah sekarang...selalu aku makan nasi ambeng dgn mee rebus...teringat macam kedai lama yg ade dkt tmn sri tebrau tahunn 90an...

    ReplyDelete
  9. Klu pergi putrajaya mesti singgah sini..... walaupon mahal kualiti nye masih tjaga.... masih sedap mcm original hj wahid
    Makanan ape yg murah skrg ni.... duit kite yg semakin kecil..... klh makan di sini mee rebus menu utama sambung lg dgn soto original johor.... superb!
    Klu pagi bole merasa lontong kering atou nasi ambeng power dr warisan keluarga ini
    Mmg x mngecewa kan klu mkn di sini

    ReplyDelete
  10. The one yang di Putrajaya saya selalu jugak beli tapi sekarang tempat tu kena renovate. Siapa tahu mana mee rebus hj wahid pergi? Harga masih berpatutan. Quality still good. Apa lagi nak complain.

    ReplyDelete
  11. ada contact no akak tu tak???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...