Tuesday, October 27, 2009

Ikan Bakar Fend


Ikan Bakar Fend memang terkenal bagi orang-orang di sekitar Kelana Jaya. Dulunya mereka hanya menggunakan van bergerak dan berniaga berhampiran Sekolah Rendah Kelana Jaya.


Sekarang mereka sudah punya Restoran Ikan Bakar Fend yang terletak di No E-G-01, Jalan SS6/20A, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya. Restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan khususnya pada waktu makan tengahari.


Keistimewaan menu restoran ini pastinya ialah ikan bakarnya yang anda boleh dirasai keharuman ikan bakarnya apabila sampai ke restoran itu.


Anda perlu beratur untuk membuat pesanan anda dengan pelebagai pilihan ikan seperti kembong, pari, sotong, ayam dan juga daging. Terserah dengan selera anda.


Harga pesanan juga adalah berpatutan berbanding dengan restoran ikan bakar lain khasnya di Lembah Klang.


.

Di samping menu bakarnya terdapat juga menu lain yang pastinya menyelerakan.


3 comments:

  1. Sorry to say, hari ni tergerak nk try makan kt sini untuk buka puasa.. kitorg sampai tgk meja dah byk reserve.. pastu ternampak laa meja kosong, xda reserve xda apa.. kitorg duduk laa situ.. 10minit xda orang layan, kitorg cari pelayan masing2 busy.. terpaksa bangun ke kaunter untuk order.. tahu apa reaksi pelayan tu? "Meja penuh, x nampak ke atas meja tu ada tulis nama dah", dengan nada tinggi.. kawan saya cakap balik, mana tahu, dah meja kosong, xda kertas tulis apa2, kitorg duduk aje lah.. dgn selamber nye org tu balas balik, sori, xde order dah, semua dah penuh, dengan nada yang agak kasar.. persoalan disini, x boleh ke cakap elok2? kami datang first time, dah kena macam tu.. apa reaksi kami? please laa k, kalau ada orang2 Fend Ikan Bakar tgk, tolong laa train staf korg elok2 skit.. kami yang first time datang ni

    ReplyDelete
  2. yg jaga kaunter ade tahi lalat kt area mulut dye kn? mmg kuang aja..i pon penah kene..mmg angkuh sgt..ckp nk kerek je..nyampah btol..taw la dh maju..ni la org melayu.....

    ReplyDelete
  3. smlm i pergi mkn ..ikan pari n cencaru..dia kira seekor ikan RM15.sgt terkejut sebb size ikan kecil je.. I ty 2kali pd pakcik tu ..mmg betul rm 15..I hope sape2 yg pergi cek harga betul2.mmg harga yg i kena x munasabah.. :( first time mkn situ lepas kwn suggest..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...