Monday, May 10, 2010

Anggerek Kuring @ Kota Damansara


Lebih banyak restoran Indonesia kini boleh ditemui di Lembah Klang dan mendapat tempat di kalangan peminat makanan Indonesia tempatan.
Antara restoran yang popular pastinya makanan Minang yang boleh didapati di Restoran Sari Ratu dan Salero Minang. Makanan-makanan Sunda juga mula popular bagi para peminatnya.
Restoran yang menawarkan makanan Sunda ini ialah Anggerek Kuring di alamat No 60 -G. Jalan PJU 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damansara (The Strand). Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.
Apa yang istimewanya makanan di Restoran ini ialah pelbagai hidangan nasi berlaukkan pelbagai jenis hidangan ayam, daging dan makanan laut. Antara yang popular ialah Nasi Ayam Kalasan, Nasi Ayam Panggang Spesial, Nasi Gimbal, Nasi Pecel Leleh dan Nasi Soto Ayam.
Restoran ini mempunyai sebuah lagi cawangan di No. 30 (Aras 1), Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, 47100, Puchong Selangor.

4 comments:

  1. Wahai tuan blog. Saya suka baca blog ni. lots of food preview. Satu benda yg saya tertarik utk tau, cane dgn status halal di restoran Anggerik Kuring ni ye?

    ReplyDelete
  2. betul tu. bab halalan tayyiban sangat penting.

    ReplyDelete
  3. salam tuan punye blog.. nak tnyer hage kat anggerik kuring nih mahal x? sy ingat nak gi hujung minggu nih? leh reply kat blog sy.. TQ yerk

    ReplyDelete
  4. Saya rasa yg bertanyakan status halal ni katak bawah tempurung tak pernah gi keluar dari malaysia.... kalau dah nama nasi padang dah tentu halal... klu org msia gi indon.. kedai nasi padang yg dicari... kalau tanya harga masuk akal juga. Kenapa tak tanya restoran tom yam kt kl ni halal ke tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...