

Perbezaan Sata dan Otak-Otak terletak pada bentuk, rupa, warna dan cara bugkusannya. Sata dibungkus di dalam daun pisang dan dilipat seperti bungkusan kuih koci.
Cara membuatnya lebih kurang sama dengan otak-otak di mana ia menggunakan ikan segar, kelapa, halia, bawang merah dan jika mahu sedikit pedas, bolehlah meletakkan cili merah.
Sata yang dimuatkan di dalam kelongsongnya akan dicucuk pada belahan buluh lurus sebanyak 4 atau 5 biji kelongsong setiap satu. Seterusnya, sata dipanggang atau dibakar di atas bara arang sehinggalah masak..