Friday, March 11, 2011

Masjid Kapitan Keling



Masjid Kapitan Keling terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling
(Lebuh Pitt) di antara Lebuh Chulia dan Jalan Buckingham.
Masjid ini dibina oleh tentera East India Company yang
merupakan antara penduduk Islam yang terawal menetap
di Pulau Pinang di penghujung tahun 1700. Beberapa tahun
kemudian, penduduk India Muslim terus berkembang
jumlahnya memerlukan sebuah masjid tetap yang lebih besar.
Pada tahun 1801, masyarakat yang diketuai oleh
Cauder Mydin Merican yang juga bergelar 'Kapitan Keling' diberikan
kawasan tanah seluas 18 ekar.
Bangunan asal yang dibina adalah bangunan satu tingkat yang diperbuat
daripada batu-bata tetapi setelah berabad lamanya masjid ini telah banyak
diubahsuai dan dinaiktaraf mengikut arus perkembangan semasa.
Masjid berwarna putih ini di kelilingi dengan tembok yang rendah dan dihiasi
dengan kubah dan menara berwarna kuning mengikut gaya senibina India Muslim.
Terdapat juga sebuah madrasah di perkarangan masjid ini.
Menara yang tinggi ini yang pernah digunakan suatu ketika
dahulu untuk bilal melaungkan azan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...