Saturday, September 3, 2011

Burasak, Lepak Loi & Baulu Pecak di Aidilfitri


Bagi masyarakat Bugis di Benut, Johor, makanan istimewa yang
disajikan ketika Aidilfitri & Aidiladha ialah Burasak & Lepat Eloi.
Burasak diperbuat dari nasi beras wangi yang di bungkus dengan helaian daun pisang muda.
Ia kemudian diratakan menjadi bungkusan kecil dan di susun 4 atau 5 keping
di bungkus sekali dan di ikat dengan tali kemas-kemas. Ia kemudiannya di rebus.
Burasak lazimnya di makan dengan Asam Pedas ikan parang, rendang
ayam atau daging berserta serunding kelapa yang dipanggil bejabuk.
Sejenis makanan lagi bagi masyarakat Bugis ialah Lepat Eloi yang diperbuat dari pulut.
Ia berbentuk segitiga dan masa rebusan memakan masa 6 hingga 8 jam untuk hasil yang baik.
Sejenis manisan yang popular yang hanya boleh ditemui ketika
hari perayaan ialah Bahulu Pecak atau Bahulu Lembut.
Kueh-kueh moden lain turut disediakan bagi para pengunjung.
Ia lazimnya dimakan selepas selesai memakan Burasak & Lepat Eloi.

4 comments:

  1. serupa juga kat sarawak,saya anak bugis asli hi i

    ReplyDelete
  2. kat klang senang jumpa,tiap hari orang jual terutama kat taman sri andalas....aku kalau rindu nak makan beli kat situ la...tapi lauk spesel takde la,tu raya baru muncul hehehe...gantikan la dengan ayam goreng ke,ikan tongkol masak lemak ke hehehhe...nice what...

    please visit my blog_ mizi-akumizi.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Assalam. Mintak copy gambar ye. Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...