Thursday, July 26, 2012

Bazar Ramadan 2012 @Kg. Sungai Penchala



Antara Bazar Ramadan yang turut menarik perhatian
peminat Bazar Ramadan ialah di Kg. Sungai Penchala.
Jika mahu ke sana, anda boleh menyusuri
Penchala Link dan keluar ke Kg. Sungai Penchala.
Ia terletak  di Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala,
Kuala Lumpur bersebelahan Masjid Kuning Tengku Abdul Aziz Shah.
  Apa yang istimewanya berbanding di tempat lain ialah suasana
keheningan kampung yang boleh dirasai oleh pengunjung.
Sepertimana Bazar Ramadan lain, ia turut menawarkan
pelbagai jenis menu makanan dan minuman istimewa.
Selamat berkunjung dan pilihlah sendiri menurut citarasa anda.
Foto Ehsan Ilham  Ayazz Hakeem.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...