Straits Chinese Jewellery Museum terletak di 108,
Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street), Melaka
Pelbagai jenis reka bentuk barang kemas yang dipamerkan.
Kilauan batu permata, berlian, jed dan delima
diikat dengan ketulenan emas berusia ratusan tahun.
Reka bentuk yang diketengahkan di dalam penghasilan
barang kemas menjadikan ia sebegitu eksklusif.
Ia dibuka pada November 2012 dan menghimpunkan
lebih 200 koleksi barangan kemas, perabot dan pakaian.
Bangunan rumah berusia lebih 120 tahun
itu dibahagikan kepada Galeri A, B dan C.
‘Night Muzeum’ yang diperkenalkan ini beroperasi
dari jam 8 hingga 10 malam setiap Jumaat dan Sabtu.
Pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM15, RM10 untuk pelajar & percuma untuk kanak-kanak enam tahun ke bawah.
No comments:
Post a Comment