Monday, June 24, 2013

Songket Restaurant @ KL



Songket Restaurant popular di kalangan 
pelanggan tetap dan pelancong.

 Istimewanya bagi para pelancong ialah mereka berpeluang 
menikmati  persembahan tarian tradisional Melayu.


Ia terletak  di alamat: 
No. 29, Jalan Yap Kwan Seng,, 50450 Kuala Lumpur.


Restoran ini dibuka dengan rasminya pada 15 March 2011.


Selamat berkunjung.

Saturday, June 15, 2013

Pasar Seni 2013 @ KL


 Central Market merupakan Pasar Basah pada tahun 1800.
Ia dijenamakan semula menjadi sebuah pusat sehenti 
tradisional untuk produk seni dari Malaysia dan  Asean.
Pengunjung  boleh membeli 
pelbagai jenis cenderamata di sini .
Antara yang ditawarkan termasuk  kraftangan, barang pewter dan songket hinggalah ke batik dan ukiran kayu Borneo. 
Pengunjung juga boleh menjamu selera di pelbagai 
premis makanan selepas penat membelibelah. 

Saturday, June 8, 2013

Cawan @ Citta Mall


 Cafe Cawan yang popular dengan lontongnya dan
beberapa menu lain kini boleh ditemui di Citta Mall.
Ia terletak di alamat:
1, Jalan PJU 1A/48, Ara Damansara
Petaling JayaSelangor 47301
Cafe Cawan juga turut menyediakan pelbagai menu menarik
terdiri daripada resipi tempatan mahupun antarabangsa.
Anda juga boleh mencuba Nasi Lemak mahupun nasi goreng.
Di samping Cawan terdapatjug resoran-
restoran lain dipersekeitaran Citta Mall.
Selamat berkunjung

Wednesday, June 5, 2013

Straits Chinese Jewellery Museum @ Melaka

Straits Chinese Jewellery Museum  terletak di 108, 
 Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street), Melaka
 Pelbagai jenis reka bentuk barang kemas yang dipamerkan.

 
 Kilauan batu permata, berlian, jed dan delima 
diikat dengan ketulenan emas  berusia ratusan tahun.
Reka bentuk yang diketengahkan di dalam penghasilan 
barang kemas menjadikan ia sebegitu eksklusif.
 Ia dibuka pada November 2012 dan menghimpunkan
 lebih 200 koleksi barangan kemas, perabot dan pakaian.

Bangunan rumah berusia lebih 120 tahun 
itu dibahagikan kepada  Galeri A, B dan C.


‘Night Muzeum’ yang diperkenalkan ini beroperasi 
dari jam 8 hingga 10 malam setiap Jumaat dan Sabtu. 
Pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM15, RM10 untuk pelajar  & percuma untuk kanak-kanak enam tahun ke bawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...